Pakej Aceh Pulau Sabang dolphin tour ada salah satu pakej percutian ke Aceh dan Sabang Pulau Weh dengan pelbagai tarikan pelancongan seperti pelancongan marin, semula jadi, budaya, sejarah dan makanan sedap. Pakej Acheh Pulau Sabang ini tidak hanya menawarkan lawatan ke tempat menarik di Aceh dan Sabang, tetapi juga menawarkan aktiviti seronok seperti melihat lumba-lumba di laut lepas dan juga snorkeling di taman laut yang biru dan jernih.






Pakej Aceh Pulau Sabang sangat sesuai bagi anda yang suka dengan keindahan semula jadi dengan aktiviti yang menarik untuk dilakukan. Anda akan meneroka pelbagai tempat menarik di Pulau Sabang Aceh dan juga di bandar Banda Aceh dan Aceh Besar. Pulau Sabang terletak di hujung barat laut Indonesia terkenal sebagai salah satu tempat best untuk diving. Dikenal juga sebagai Pulau Weh atau Pulau We dimana ia menawarkan perairan jernih, suasana Santai.
Aceh adalah salah satu provinsi di Indonesia dengan kepelbagaian yang luar biasa. Ia memiliki banyak pulau, pantai cantik, tapak menyelam dan surfing, air terjun, bukit, gunung, hutan hujan yang lebat hingga kepelbagaian biologi. Aceh tidak hanya tentang sejarah dan tsunami, tetapi juga banyak hal yang boleh anda terokai. Dengan pakej Aceh Pulau Sabang 4 hari 3 malam, anda boleh meneroka sebahagian kecil dari wilayah Acheh.
Berikut Detail Pakej Percutian ke Aceh dan Sabang 4 Hari 3 Malam
Pakej ke Aceh dan Pulau Sabang Promo 2025
Jumlah Tetamu | Ground Package Only | Tour & Dolphins Trip Only | Tour, Dolphin Tour & Snorkeling | Normal Price |
2 Pax | Rm. 1,020 | Rm. 1,135 | Rm. 1,195 | |
3 Pax | Rm. 940 | Rm. 1,055 | Rm. 1,110 | |
4 – 5 Pax | Rm. 880 | Rm. 995 | Rm. 1,050 | |
6 Pax | Rm. 785 | Rm. 899 | Rm. 945 | |
7 Pax | Rm. 745 | Rm. 860 | Rm. 915 |
- *Note: Promo harga pakej sehingga Disember 2025 untuk kumpulan kecil
- *Hotel: 2 malam di Sabang & 2 malam di Banda Aceh
- *Additional Trip: Intro Scuba Diving Rm. 170 seorang, Bot cermin Tour: Rm. 50 seorang (minimum 2 orang)
Hubungi kami untuk tanya-tanya: whatsapp
ITINERARI PAKEJ ACHEH & SABANG PULAU WEH 4 HARI 3 MALAM
HARI 01: LAPANGAN TERBANG SULTAN ISKANDAR MUDA – BANDA ACEH – SABANG
- Ketibaan anda di Lapangan Terbang International Sultan Iskandar Muda, SWI Tour & Travel Team akan mengalu-alukan kedatangan anda.
- Pengembaraan anda bermula dengan lawatan ke Kubur Massa Tsunami
- Seterusnya melihat sejarah tsunami di Muzium Tsunami untuk mendapat gambaran tentang kesan mendalam bencana tersebut.
- Selepas itu, anda akan melawat ke Muzium Negeri Aceh untuk melihat budaya Aceh.
- Menikmati makan tengah hari tempatan
- Mengagumi Masjid Raya Baiturrahman yang menakjubkan.
- Perjalanan diteruskan dengan penerokaan sejarah PLTD Apung.
- Kemudian anda akan dibawa ke Pelabuhan Ulee Lheue untuk menaiki feri ke Pulau Sabang.
- Ketibaan di Sabang, anda boleh merakam beberapa gambar di Monumen I Love Sabang
- Lepas itu, menikmati matahari terbenam yang menakjubkan di Sabang Fair
- Mengakhiri hari anda dengan makan malam sebelum check in hotel.






HARI 02: DOLPHIN TRIP – PULAU RUBIAH – SNORKELING – SABANG TOUR
- Mulakan hari dengan sarapan pagi di hotel
- kemudian berangkat ke jeti untuk lawatan Dolphin watching di laut lepas yang menyeronokkan.
- Selepas itu, anda akan dibawa ke Pulau Rubiah, di mana anda boleh menikmati snorkeling untuk melihat dunia bawah air yang berwarna-warni di Rubiah Sea Garden yang menakjubkan.
- Setelah anda menikmati pengembaraan akuatik, kembali ke Pantai Iboih
- Tour berlanjut ke Monumen Zero Kilometer Indonesia yang merupakan landmark Pulau Sabang Acheh.
- Makan tengah hari yang lazat
- Meneruskan perjalanan anda dengan lawatan di Pantai Sumur Tiga dan bergambar di Pantai Ujong Kareung.
- Anda juga berpeluang untuk belajar tentang sejarah Kubu Jepun peninggalan World War II
- Nikmati pemandangan yang cantik dari GT Hill View.
- Akhiri hari dengan makan malam dengan pemandangan matahari terbenam yang menyeronokkan di Culinary Center
- kemudian kembali ke hotel untuk berehat malam.






HARI 03 : SABANG – BANDA ACEH – ACEH BESAR TOUR
- Breakfast di Hotel
- Bertolak ke Pelabuhan Balohan, dan menaiki feri ke Banda Aceh.
- Tiba di Banda Aceh, perhentian pertama ialah Gunongan
- Lepas itu, lawatan ke Bot atas bubung, tapak warisan Tsunami yang penting.
- Masa lapang untuk bersiar-siar di sekitar Pasar Peunayong untuk membeli-belah
- Menikmati kopi di kedai kopi Aceh tempatan untuk melihat keunikan proses pembuatan kopi. (personal expenses)
- Lawatan kemudian membawa anda ke Masjid Keuchik Leumik.
- Menikmati makan tengah hari yang sedap.
- Anda juga akan dibawa ke Kubah Masjid Terapung Tsunami dan menyelami budaya dan sejarah Rumah Cut Nyak Dhien.
- Lepas itu ialah lawatan kami ke Masjid Rahmatullah, yang terselamat daripada tsunami dan terletak betul-betul di tepi laut.
- Anda akan mengakhiri lawatan di Pantai Lampuuk untuk melihat matahari terbenam yang menakjubkan, diikuti dengan makan malam dan pulang ke hotel dengan selesa.






HARI 4: BANDA ACEH – BERLEPAS
- Mulakan hari dengan makan pagi di hotel.
- Mendaftar keluar hotel
- Keluar untuk pengembaraan membeli-belah di Pasar Aceh. Di sini, anda akan temui khazanah cenderahati seperti jubah sembahyang, sarung dan beg.
- Selepas keseronokan membeli-belah, anda juga boleh membeli hidangan tempatan yang lazat seperti kek dan pastri tradisional Aceh.
- Seterusnya, lawatan budaya meriah di Taman Budaya Ratu Safiatuddin
- Menikmati makan tengah hari yang Santai.
- Perjalanan diteruskan melawat perkampungan tradisional, memberikan anda pandangan yang menarik ke dalam gaya hidup tempatan.
- Anda akan dipindahkan ke Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, mengakhiri pengalaman percutian ke Aceh dan Pulau Sabang.
HARGA PAKEJ TERMASUK:
- Pengangkutan / Kereta
- Lawatan peribadi
- Hotel 3 malam (2 orang dalam satu bilik)
- Makan 3x sehari
- Tiket feri pergi dan balik
- Bayaran masuk ke tarikan pelancong
- Pemandu / Supir
- Gambar & Video
- Bot Laju hunting dolphin
- Peralatan Snorkeling
- Snorkeling Guide
- Kamera Bawah Air
- Bayaran Letak Kereta
- Air mineral dalam kereta
HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK:
- Tiket Penerbangan.
- Perbelanjaan Peribadi
- Perjalanan Tambahan
- Insurans Perjalanan
- Tip
PAKEJ PELANCONGAN LAIN:
Anda Mungkin Juga Suka melihat:
- Pakej Medan Danau Toba
- Pakej Batam Bintan
- Pakej ke Padang Indonesia
- Pakej Jakarta Bandung
- Package Tour Medan
Selami pakej Aceh Pulau Sabang yang menakjubkan dan lawatan dolphin watching Pulau Weh menawarkan pengembaraan yang tidak dapat dilupakan menanti anda di tengah-tengah landskap Aceh yang menakjubkan dan tempat-tempat yang popular di Pulau Sabang. Pakej pelancongan ini bukan sahaja menyerlahkan keindahan semula jadi, tetapi juga menawarkan aktiviti mendebarkan seperti snorkeling, melihat ikan lumba-lumba, lawatan marin, budaya, sejarah dan kulinari. Pakej percutian ke Aceh dan Sabang kami direka untuk memberi anda pengalaman luar biasa yang akan anda ingati selama bertahun-tahun akan datang.